Dunia telah
mengalami pelbagai peristiwa keganasan dan kekejaman manusia sejak zaman nabi
Adam. Kita menjadikan Kisah Habil dengan Qabil yang berbunuhan demi seorang
perempuan sebagai satu iktibar ketika kita merentasi zaman depan yang belum tentu
gelap atau cerah. Selepas perang dunia, zaman orde baru telah muncul dimana
Amerika Syarikat telah menjadi kekuatan adiperkasa yang menguasai ekonomi,
politik dan sosial dunia. Berakhirnya perang dingin di antara
Soviet Union dengan Amerika Syarikat dan blok Barat, China dan Islam dianggap
musuh utama dunia. Maka muncul
negara musuh baru dunia seperti Cuba, Iran, Syria, Libya, Sudan dan Iraq.
Episod kedajalan ini bertambah
teruk apabila berlakunya peristiwa pengeboman bangunan World Trade Centre (WTC)
pada 11 September 2001. Bermula
keganasan global tanpa institusi konkrit seperti negara dan pertubuhan
berdaftar. Yang ada adalah al Qaeda dan Osama yang penuh misteri dan kabur
dalam kabus kekeliruan. Semua fakta boleh diragui telah dijadikan alasan untuk
membalas keganasan dan kekerasan dengan kekerasan. Inilah
fasa baru keganasan global yang akan menggugat kedamaian dunia.
Hari
ini, muncul sebuah kumpulan militan Negara Islam di Iraq dan Syam, yang lebih
dikenali dengan singkatan nama dalam bahasa Inggeris, ISIS.
ISIS
mempunyai sikap anti-Syiah dan sekutu telah menunjukkan kecenderungan
politiknya sejak awal kegiatan dengan membina pengaruh hingga muncul dengan
kekuatan seperti disaksikan hari ini di mana IS disokong Iran dan mendapat
bantuan gerakan militan Syiah Lubnan, Hizbullah. IS juga menampakkan
sikap politik anti-Syiah dan sekutu dalam konflik Syria. Satu penentangan terhadap paksi Syria-Iran berlaku iaitu penentangan
terhadap rejim Bashar al-Assad.
Rancangan
besar IS ialah menubuhkan sebuah negara Islam menurut tafsirannya di Iraq dan
Syam yang meliputi Iraq yang majoriti penduduknya Syiah dan Syam yang turut
meliputi Syria. ISIS kelihatan mendapat sokongan oleh satu jumlah besar Muslim
Sunni yang dipengaruhi fahaman anti-Syiah dan yang beraliran Wahabi, ekoran
eksploitasi sentimen sektarian ekoran konflik di Iraq dan Syria.
Keganasan
militan IS bukan sahaja berlaku di Syria dan Iran sahaja. Malah ideologi
kumpulan ini muncul secara senyap di Malaysia. Di awal tahun 2016, Malaysia
telah bergelut dengan beberapa siri laporan yang mengingatkan bahawa ancaman IS
semakin meningkat.
Seperti
yang dilaporkan di dalam The Diplomat pada 11 January 2016 di mana New Straits
Times telah mendedahkan bahawa terdapat dua pengebom berani mati rakyat
Malaysia mempunyai kaitan dengan kumpulan IS telah meletupkan diri mereka di
Syria dan Iraq dan membunuh lebih daripada 30 orang. Kesan
daripada tindakan tersebut menunjukkan bahawa trend peranan rakyat Malaysia di
dalam IS semakin meningkat.
Sementara itu, di Malaysia sendiri,
seorang remaha lelaki berusia 16 tahun yang berpakaian seperti ahli IS telah
menawan seorang wanita dengan bersenjatakan pisau di utara, Kedah. Pihak polis Malaysia
begitu serius menguar-uarkan berkaitan hal berkenaan setelah menahan remaja
terbabit, namun hal tersebut secara jelas menggambarkan risiko berhadapan
dengan serangan lone-wolf di negara ini di mana.
Melihat kepada konteks yang lebih
luas di kawasan Asia Tenggara pada awal 2016 juga agak membimbangkan. Pada 14 Januari 2016, serangan bom dan senjata api di tengah-tengah
bandaraya Indonesia telah dilancarkan. Lebih kurang enam orang
suspek telah dibunuh yang dipercayai serangan dilakukan oleh kumpulan militan
IS.
Hal ini telah memberi ancaman
terhadap Malaysia. Pada tahun 2015, beberapa cubaan berani mati di dalam negara
telah berjaya dipatahkan telah memberi isyarat petanda bahawa serangan yang
terancang oleh orang Malaysia setelah mempunyai interaksi dengan ahli IS di
luar negara. Kepentingan kewangan dan gudang senjata menjadi faktor usaha mereka
ke arah menjayakan penubuhan IS di Malaysia setelah melancarkan serangan. Dalam
lebih daripada beberapa plot yang berjaya dipatahkan, individu-individu ini
bukan sahaja mensasarkan rakyat Malaysia tetapi luar negara, termasuk sidang
kemuncak tahunan ASEAN dan kedutaan-kedutaan asing.
Dalam masa yang sama, pihak
berkuasa juga berjaya menumpaskan percubaan untuk menjadikan Malaysia sebagai
tempat transit untuk pengrekrut menuju ke Syria untuk menyertai IS. Hal ini penting
kerana individu-individu ini berpotensi untuk kembali dan menyertai dalam
serangan di tanah air.
Namun, menurut Unit Tindakan Khas,
47 rakyat Malaysia telah direkrut dan dilatih sebagai pejuang IS di kem Syria
dan Iraq, di mana 12 daripadanya ialah wanita dan 8 orang adalah kanak-kanak.
Pihak anti-keganasan Malaysia baru-baru ini telah memberikan amaran tentang IS
mendoktrin dan melatih kanak-kanak seusia 2 tahun sebagai pelapis pengganas
samada di luar negara atau di Malaysia. Tambahan lagi, 17 rakyat Malaysia telah
dilaporkan terbunuh kerana menjadi pengebom berani mati.
Seperti yang diperkatakan awal
tadi, pendedahan tentang 2 pengebom berani mati rakyat Malaysia, sekiranya
benar, ia menunjukkan kebimbangan kerana perkara tersebut jelas menyatakan
selain daripada bilangan, peranan rakyat Malaysia di dalam IS semakin
berkembang. Walapun dikatakan rakyat Malaysia berada di tahap paling rendah
dalam kumpulan pengganas ini dan selalu dikerah menjadi buruh kasar selain
daripada menjadi pejuang di barisan hadapan, mereka berkemungkinan
perlahan-lahan semakin berkembang sepanjang beberapa bulan di dalam latihan.
Sebagai contoh, seorang pengebom berani mati bekerja sebagai seorang tukang
cuci sebelum direkrut menjadi penembak tepat dan pengebom berani mati, dan
akhirnya mati ketika misi setahun lepas di utara Iraq.
Dan ketika Malaysia tidak mempunyai
kem latihan IS, seperti yang Khalid akui, rakyat Malaysia masih boleh pergi ke
luar negara untuk menjalani latihan samada di selatan Filipina atau di Timur
Tengah. Walaupun
dia mengetahui bahawa pihak berkuasa ada menjalankan usaha untuk membawa balik
rakyat Malaysia ke tanah air., kekuatan Malaysia untuk menghalang mereka adalah
sangat terhad kerana mereka berada di luar negara, jika mereka memilih untuk
bertindak sedemikian.
Keganasan global terutamanya
keganasan militan IS adalah isu paling hangat pada ketika ini. Apa yang menjadi
persoalan adakah bermoral jika pihak tertindas mengunakan pendekatan kekerasan
dan keganasan dalam tindakan mereka? Adakah bermoral kelakuan ini? Secara
umunnya, kita menganggap tindakan kekerasan adalah tidak relevan dan di luar
lingkaran sifat kemanusiaan. Walau bagaimanapun, pihak tertindas menganggap
tindakan mereka adalah bermoral kerana mereka tidak dipernah diberi ruang atau
alternatif secara aman dan selalu dikotak-katik dan dikhianati. Bahkan pihak
pendokong keamanan, keadilan dan demokrasi sendiri yang dikatakan terlalu
sakral itu sendiri dilihat tidak bermoral. Penilaian tindakan moral tentang kekerasan dan keganasan
terlalu subjektif dan bergantung kepada persepsi seseorang yang menilai.